Sunday, 3 May 2015

MAKSUD LIMITED DAN UNLIMITED


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
buat pembaca.. 
Entri kali ini akan menerangkan maksud Limited Internet dan Unlimited Internet


MAKSUD LIMITED : 

Maksud limited ialah internet akan terputus sambungan jika pakej yang dilanggan oleh pengguna telah melepasi kuota volume dan baki airtime prepaid pengguna telah habis. 
Contohnya: Plan 1 hari untuk 500 MB dengan bayaran RM5.


MAKSUD UNLIMITED : 

Unlimited bermaksud internet akan terus berfungsi tanpa terputus sambungan tetapi jika kuota volume internet anda kurang maka kelajuan internet akan menjadi perlahan. Banyak orang salah faham tentang maksud unlimited internet dari semua pengendali broadband seperti CELCOM,MAXIS,DIGI,UMOBILE, dan lain-lain lagi.
 Mereka menyatakan bahawa maksud unlimited ialah internet akan berjalan berterusan sampai bila-bila dengan kelajuan yang tinggi. Jika ini berlaku maka keadaan ini tidak disebut unlimited tetapi di panggil " FREE INTERNET " atau " INTERNET PERCUMA" sepanjang hayat. Dimanakah sumber pendapatan syarikat pengendali internet jika kita dapat internet percuma ? Syarikat akan bangkrap dan tidak akan ada syarikat yang memberikan perkhidmatan percuma tanpa ada sumber pendapatan untuk menampung pelbagai kos operasi syarikat. 

Sebenarnya sumber pendapatan dari internet untuk syarikat ialah dari kuota volume yang di beli oleh pengguna untuk melajukan internet mereka untuk pengguna-pengguna muat turun file-file,lagu-lagu dan sebagainya. 
Contoh : Celcom - kuota volume 1 GB = RM15 ( untuk 1 bulan ) / Maxis - kuota volume 1 GB = RM18 ( untuk 3 hari ) / Umobile - kouta volume 800 MB = RM15 ( untuk 3 hari ) 
 
Contoh yang paling senang ialah kita memandu sebuah kenderaan tetapi apabila kenderaan itu hampir kehabisan minyak maka kita mesti mengisi semula minyak petrol untuk meneruskan perjalanan kita.


So, dapat faham tak beza nya Limited dan Unlimited?? Okay.. buat lah pilihan yang terbaik untuk keselesaan anda dan jangan biar diri anda tertipu. 

Sekian.. <3

No comments:

Post a Comment